Welcome to BLOG kawe.. suatu revolusi informasi sensasi terkini anda...

Wednesday, May 6, 2009

Jom Pakat Layan..

Pernah dengar x game MyBrute? kalu korang nak tau, Mybrute ni merupakan game flash genre fighting & boleh dimainkan kat mana-mana jer tempat hok ada internet & plugin flash.


Cara nak main die senang jer. Korang just perlu create character baru korang pastu biarkan character tersebut lawan dengan mybrute lain. Pengawalan die xsusah, random jer...& korang just perlu duduk tengok jer mybrute korang tu membelasah atau dibelasah oleh mybrute lain. Percayalah....game ini sangat addictive & hampir kesemua member2 aku sekarang ni sedang ketagih duk main game ini sekarang.

kat bawah ni aku tunjuk replay perlawanan mybrute aku yang boleh dikira hebat la setakat ni, dengan seorang mybrute yang lain, hebat jgk..(tp teruk kene belasah 2...):

MyBrute Replay:-


Jika pembaca teringin nak mencabar aku,klik pada link ini :-

http://wong-fei-mad.mybrute.com

Pastu masukkan nama character korang pastu klik validate.Sekarang korang dah ada mybrute korang sendiri. jom bertarung bermati-matian!!!


korang semua boleh create seberapa banyak mybrute yang korang suka. tapi 1 je dh cukup lar. Setiap character kat dalam ni akan dapat senjata, skill secara random. yang best nyer...korang jugak boleh mencari anak murid (pupil) korang sendiri. ajak jer member2 lain main tapi mesti masuk ikut link mybrute korang lar.

sebagai contoh : tengok la kat gambar atas 2, yie anok nago duk belatih dengan mybrute aku..hahaha..
Monday, May 4, 2009

suzuki wat kua moto baru...!!!!


...khusus buat pengemar motor 4 lejang, sekarang ni suzuki baru je wat kua motor baru boleh dikatakan power jgk lar..
segala bahagian kat motor ni lagi moden kalau nak banding dengan mane2 motor 4 lejang sekarang ni...


..yang aku paling teruja sekali pasal motor ni ialah die punye transmission 6 speed ooo... Dah la die punye cc dah 150 cc, motor lak kecik, ringan.. power giler... memang kalu setakat nak kejor LC xde hal lar.. tapi 125z biru aku lum tentu lagi..

dari segi design die xberapa lawa sangat kalu nak banding dgn Lc. lebih kurang jer kalu tengok, tapi bagi aku lar, skali tengok mcm motor 'alik siam' hok wat nego tikar...



...tegok die punye meter, semua moden..
siap pakai digtal lagi. dah macam super bike..
RPM dah nak cecah 9, laju giler. 125z aku pun top boleh gi 7 lebih, dekat2 8. tu pun dah cecah 170 km/j...











lengkap dengan disk brake belakang..
...mantap2..






.....aku lupe nak bagi tau nama motor ni.. name die kat malaysia kalu xsilap aku lar...suzuki belang R150....
Saturday, April 18, 2009

Kelantan mara ke final Piala FA


Saksikan perlawanan akhir piala FA yg dijangka sengit antara Red Warriors menentang Red Giants pada 25 April ini 8.45 mlm di stadium bukit jalil.
kelantan berjaya mara ke final setelah menewaskan pasukan negeri sembilan di stadium Paroi dan menang dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
kepada sesiapa penyokong fanatik kelantan boleh la join team aku kite gi bukit jalil nanti. kite konvoi ramai-ramai..
"sama-sama lah kite sokong bola sepak kelantan, jauhi rusuhan" Gomo kelate Gomo..
Friday, April 17, 2009

lagu bola klate

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti
Kito Gomo Sengoti

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti
Kito Gomo Sengoti

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol
video

p/s : Aku upload vide0 ni sebab Keri nak sangat. Koya!! Bola nak mujur je 2..
Klu setakat cam 2 aku pun blh buat. Dlm pes lar..
Tapi..memang semat bet0l ar bola 2..
Wednesday, April 15, 2009

Kajian PPSMI siap ke Kabinet

KOSMO hari ini..

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah siap dan sedia untuk dibentangkan ke Kabinet.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya bagaimanapun perlu menunggu maklumat balas dan ulasan daripada semua pihak yang terlibat.

"Sementara itu, saya tak mahu buat apa-apa kenyataan mengenai apa keputusan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini semalam.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Muhyiddin memberitahu, beliau belum melihat hasil kajian itu dan akan diberi taklimat mengenainya.
Tuesday, April 14, 2009

ERTI PERSAHABATAN..



Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya..